Selamat Hari Lahir Rizki.






Gong Xi Fa Cai...

Anwar Dibebas Tuduhan Liwat ( 09/01/2012)

Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

'NEGARAKU' di Stadium Bung karno.









Sekali lagi sama-sama kita ucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak u23(harimau muda)malaysia dpt mengulangi kemenangan pingat emas yg sebelum ini dimenangai oleh anak buah Rajagopal pd 2009 di Laos.Kali ini ,Dengan jaringan penalti 4-3,malaysia mengekalkan sebagai juara bertahan di sukan SEA yg ke 26 indonesia 2011.Anak buah Ong Kim Swee berjaya mengekalkan rentak permainan hingga keakhir babak 90minit dan ke masa tambahan,Hampir-hampir 120,000 penonton Indonesia terdiam dan 'diratah' oleh para pemain Harimau Muda selepas meranapkan keegoan dan keangkuhan tuan rumah.sepanjang kejohanan ini malaysia tidak pernah kalah diperingkat kumpulan,pertama nya pasukan kita bikin penonton garuda terpaku dgn kemenangan 1-0 dan sekaligus sebagai pendahului peringkat kumpulan,seterusnya harimau muda kita membaham myanmar 1-0 di separuh akhir.

Jantung

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung




Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Jagalah permakanan anda,kurangkan makan makanan yg berkolestrol tinggi dan tidak lupa rajin
rajinlah bersenam...semoga kita semua sihat selalu...amin.